KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan bulan lepas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan jenayah terancang Geng Nicky dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Peguam Zaid Malek, yang mewakili kedua-dua lelaki berusia 41 dan 42 tahun itu, berkata mereka dibebaskan sementara menunggu hasil siasatan polis berhubung kes tersebut dan mereka boleh didakwa sekiranya pendakwa raya mempunyai bukti yang cukup.
"Mengenai permohonan habeas corpus yang difailkan mereka agar dibebaskan serta-merta, kami masih menunggu arahan lanjut daripada kedua-dua anak guam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 10 Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menetapkan 24 Mei ini untuk pendengaran permohonan habeas corpus mereka.
Kedua-duanya memfailkan permohonan habeas corpus melalui notis usul secara berasingan di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Mei lepas dengan menamakan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, seorang pegawai polis, Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
BACA: 12 pegawai kanan agensi penguat kuasa ditahan berkait Geng Nicky
BACA: Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua lelaki memohon perintah bahawa penangkapan serta penahanan mereka pada 21 dan 27 April lepas adalah tidak teratur, di luar bidang kuasa kawasan polis Johor dan tidak sah.
Mereka juga mendakwa siasatan yang dilakukan di bawah Seksyen 130V sehingga 130ZB Kanun Keseksaan adalah terlampau luas serta merangkumi elemen berbeza dan responden tidak mempunyai asas untuk menahan pemohon di bawah SOSMA.
Selain itu, mereka mendakwa tiada unsur kesalahan yang membenarkan penggunaan SOSMA dan penahanan mereka adalah tidak sah, melanggar undang-undang dan bersifat mala fide kerana bercanggah, antara lain, dengan Fasal 5 dan Fasal 149 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 9 April lepas, seramai 14 individu termasuk dua adik ahli perniagaan dalam buruan Nicky Liow Soon Hee didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan terlibat dalam kumpulan Geng Nicky.
Nicky, 33, pengasas Winner Dynasty Group yang berpusat di Setiawalk Puchong, Selangor menjadi buruan polis selepas 68 ahlinya ditahan dalam Op Pelican 3.0 bermula 20 hingga 28 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Kedua-dua pegawai SPRM itu dibebaskan sementara menunggu hasil siasatan polis berhubung kes tersebut. - Gambar fail
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.
Geng Nicky: SPRM sahkan dua pegawai ditahan
"Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat." - Azam Baki
Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.
Pegawai kanan polis terlibat dalam Geng Nicky sudah ditahan - Ayob Khan
Ketua Polis Johor sahkan akan ada tangkapan susulan lagi berkaitan Geng Nicky.
Anggota polis langgar kesalahan akan disiasat seperti biasa - Hamzah
Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu dijalankan jika kesalahan itu di bawah Akta Polis.
Nicky Liow masih dalam negara - KPN
Polis percaya Nicky masih berada di dalam Malaysia dan pasukan khas terus gigih untuk menilai apa juga maklumat yang dikongsikan orang ramai.
Kes Nicky: Kalau saya tangkap, saya pastikan dia didakwa dan disabit bersalah - Ayob Khan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan yakin dalam sedikit masa lagi, kepala sindiket Geng Nicky akan ditangkap dan tidak akan terlepas daripada hukuman.
Gambar ahli kumpulan Geng Nicky diedar di pintu sempadan negara
Polis telah mengedarkan gambar ahli kumpulan 'Geng Nicky' kepada petugas di sepanjang pos kawalan sempadan negara bagi memastikan ahli kumpulan jenayah terancang itu tidak melarikan diri.
Polis mohon bantuan Interpol jejaki Datuk Seri Nicky Liow
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Nicky Liow sedang mencuba untuk menyelusup keluar dari negara ini bagi melarikan diri.
"Anak buah sendiri pengkhianat" - KPN dedah 34 anggota penguat kuasa sekongkol dengan Geng Nicky
Beliau enggan mendedahkan agensi yang terlibat namun mengesahkan ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama bersekongkol dengan sindiket berkenaan.